Friday 9 December 2011

AIR MATA YANG TIADA DI TUNTUT

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita..bukankah Tuhan yang telah menentukannya...

Janganlah menangis nonton filem hindustan..itu kan cuma lakonan..

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas...mungkin itu bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan...

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan...mungkin kita kurang buat persediaan....

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan...sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan...

Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat...yakinlah rezeki itu adalah pemberian Tuhan...

Dari itu??...
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri,segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah menengelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah SWT...serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNYA jua..

No comments:

Post a Comment